Soalan Lazim


Soalan soalan lazim | Pembiayaan Peribadi MBSB

Berapa hari untuk mendapatkan tunai ?
  • Status kelulusan: Hari ke-3 hari bekerja
  • Tunai masuk ke bank: Hari ke-7 hari bekerja
  • Proses AQAD akan dilakukan melalui sistem SMS

Skim apa yang paling sesuai untuk saya ?
  • MBSB mempunyai 6 jenis skim personal loan terbuka untuk permohonan. Ia mungkin sedikit mengelirukan bagi anda untuk membuat keputusan skim apa yang mungkin sesuai untuk anda.
  • Sila semak kelayakan anda dengan kami dan kami akan segera menyemak skim yang paling sesuai untuk anda dan juga had kelayakan anda melalui telepon, SMS atau emel.

Melalui siapa dapat saya memohon pembiayaan MBSB?
Anda dapat memohon personal loan melalui cawangan MBSB berdekatan atau melalui kami di sini

Bila saya akan mendapat pembiayaan saya?
Wang akan di bank in kan ke akaun bank anda selepas panggilan AQAD. MBSB akan menghubungi anda untuk AQAD melalui penggilan telefon atau SMS. Ia biasanya memerlukan kira-kira 2 hingga 4 hari bekerja untuk 'clearing'. Dan mungkin anda tidak dapat tengok ada 'float' dalam akaun bank anda semasa proses 'clearing'. Semasa AQAD anda juga boleh tanya kepada pegawai AQAD bila wang akan masuk ke akaun bank anda.

Bagaimana saya dapat semak status kelulusan ?
  • Untuk pelanggan-pelanggan yang melalui cawangan-cawangan MBSB atau Master Agent yang lain, sila hubungi semula mereka yang mengurus permohonan anda dari awal. Sila meminta mereka untuk menyemak status anda dalam sistem yang disediakan dan baca dengan teliti apakah komen di dalam sistem status. Anda mungkin diminta melalukan beberapa pembetulan oleh MBSB atau menyediakan dokumen tambahan untuk kelulusan permohonan anda.
  • Sila pastikan semua butiran dalam borang diisi dengan betul dan semua dokumen sokongan yang lengkap dan ditandatangani oleh atasan yang diberi kuasa.

Perkara-perkara yang menyebabkan permohonan tertunda:
  • Nama dan no kad pengenalan tidak sama didalam salinan kad pengenalan yang diberikan.
  • Dokumen sokongan yang diperlukan oleh MBSB tidak lengkap.
  • Penyata penyelesaian yang telah tamat tempoh.
  • Kesalahan pada tandatangan pemohon ditempat yang tidak sepatutnya.
  • Tiada tarikh mulai bekerja.
  • Alamat surat menyurat tidak lengkap.
  • Tiada cop rasmi pada borang pengesahan jawatan.
  • Segala borang pembehentian potongan gaji dimana-mana institusi tiada pengesahan daripada majikan.
  • Tiada salinan IC awam (polis sahaja)

No comments:

Post a Comment